Madu Tualang dan Masalah Resdung

Madu Tualang dan Masalah Resdung
Banyak betul yang bertanya bagaimana cara rawat Resdung dengan Madu Tualang. Saya kongsikan disini agar bermanfaat buat semua orang.
 
Peranan Madu Tualang mengawal gejala resdung telah dibuktikan dalam kajian yang dijalankan oleh Dr. Zamzil Amin Asha’ari, Department of Otolaryngology—Head and Neck Surgery, International Islamic University Malaysia pada tahun 2013, bertajuk “Pengambilan Madu Tualang Dalam Memperbaiki Gejala Resdung (Rhinitis) Disebabkan Oleh Alergi: Bukti Dari Kajian Rawak Terkawal (RCTs) di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
 
40 pesakit resdung dibahagi sama rata dalam kumpulan kes dan kumpulan kawalan. Semua pesakit diberikan sukatan 10 mg Loratadine setiap hari selama 4 minggu. Kumpulan kes diberikan 1g/kg berat badan Madu Tualang setiap hari selama 4 minggu. Sementara Kumpulan kawalan diberikan air sirap jagung berperisa Madu yang sama dengan plasebo. Gejala resdung dinilai pada tahap awal, minggu ke-4, dan minggu ke-8 kajian.
 
Hasilnya sangat luar biasa. Pada minggu ke-4, kedua-dua kumpulan menunjukkan perubahan gejala yang positif; tetapi pada minggu ke-8, hanya kumpulan kes yang menunjukkan penyembuhan berterusan dalam skor gejala.
 
Bermakna, hanya kumpulan yang diberi minum Madu Tualang sahaja yang menunjukkan pemulihan gejala resdung secara signifikan pada minggu ke-8 itu. Pemulihan gejala berterusan selama sebulan walaupun rawatan telah diberhentikan.
 
Cara ukur sukatan:
Jika berat Anda 80 kg, maka diperlukan 80 gram Madu Tualang per hari. 80gr/15gr = 5.3 sudu besar.
 
Kira-kira dos rawatan adalah 2 sudu besar 3 kali sehari (setiap 8 jam).
 
=============
Terapi Tambahan
=============
+ Meskipun resdung tak dapat dicegah tetapi agar resdung tidak jadi kronik maka jangkitan kuman dan virus harus dihindari dengan meningkatkan daya tahan tubuh dengan cara cukup rehat, bersenam, dan amal pemakanan yang seimbang.
+ Hindari alergen seperti debu, asap rokok, jerebu, bulu binatang, ubat dan makanan yang boleh menimbulkan reaksi alergi.
+ Berenang dan menyelam juga tidak dianjurkan
+ Pengubatan resdung bertujuan untuk menghilangkan penyumbatan, mengeringkan cairan sinus hidung, serta menghilangkan jangkitan dan rasa sakit. Madu Tualang bekerja sbg antiradang, anti-oksidan, dan anti-jangkitan, menghilangkan rasa sakit, mengurangi sumbatan lendir, dan melancarkan aliran pernafasan.
+ Untuk mempercepat penyembuhan. Lakukan pula beberapa Sunah Rasulullah SAW seperti Bekam, perbanyak puasa, dan solat malam.
 
________________
Rujukan kajian:
Ingestion of honey improves the symptoms of allergic rhinitis: evidence from a randomized placebo-controlled trial in the East Coast of Peninsular Malaysia, 2013.
 
Sumber: Jabatan Penyelidikan Quadmeds

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*