Kebaikan Vitamin C

Abu Dzar IsmailInfo, ProductLeave a Comment

Vitamin C merupakan sejenis vitamin yang larut dalam air dan memiliki peranan penting di dalam mencegah pelbagai penyakit.  Vitamin C termasuk dalam golongan vitamin antioksidan yang mampu menangkal pelbagai radikal bebas.  Dalam kehidupan seharian kita, kita sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari, pencemaran dan bahan kimia yang merupakan radikal bebas yang tidak mampu kita elakkan. Jadi, disinilah Vitamin C berfungsi iaitu ia mampu meneutralkan radikal bebas tersebut.  Vitamin C adalah antara nutrien yang penting, selamat dan efektif untuk menjamin kesihatan yang menyeluruh. Ia boleh didapati dari pelbagai sumber termasuklah asparagus, brokoli, taugeh, kobis, tomato, anggur, jambu batu, kiwi, mangga, oren, nenas, strawberi, limau dan banyak lagi.

 Kebaikan Vitamin C untuk Kesihatan dan Kecantikan

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

  • Dos yang betul bagi Vitamin C dapat melindungi, meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.
  • Vitamin C dapat mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan.
  • Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.
demam
  • Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.
  • Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

2. Memelihara, membina dan melindungi kulit.

  • Vitamin C diperlukan untuk bina kolagen, iaitu struktur protein untuk membina sel kulit yang telah mati, rosak juga dapat lindungi kulit dari kerosakan.
  • Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
  • Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
kulit
  • Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
  • Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

 

3. Mencegah penyakit-penyakit

  • Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
  • Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
blood-pressure-monitor

 

4.  Mencegah Sakit Jantung & Strok

  • Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.
  • Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.
  • Mencegah Atherosclerosis
  • Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
sakit jantung
  • Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

5.  Mencegah Katarak

  • Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta di kalangan orang dewasa.
katarak
  • Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

 

6.  Mencegah Barah

  • Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.
  • Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

 

7.  Mencegah Diabetis

  • Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.
diabetes

8.  Mencegah Asma

  • Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.
asma

9.  Mengawal berat badan

  • Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.
  • Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
lemak
Anda perlu mengamalkan pengambilan  vitamin C yang konsisten dari sumber-sumber yang dinyatakan seperti diatas untuk mendapat segala kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan menyeluruh.
Namun begitu, jika anda bukan pengemar sayur atau buah-buahan ataupun seorang yang sibuk atau mahukan alternatif lain bagi mendapat sumber vitamin C. Memang tak salah jika anda amalkan supplement iaitu makanan tambahan yang mengandungi vitamin C seperti Stacy Vitamin C Spray ini. Ia ternyata mudah dibawa kemana-mana, tak perlu telan / kunyah pil lagi.

Share this post